Setelah berbulan-bulan ako dibuai serangan jiwa dan psikologi, kecelaruan mental(mental disorder), di ganggu tidur oleh mimpi-mimpi arnab dan sebagainya. Tiba-tiba ako bingkas bangun dengan segar dan penuh semangat. Kerana ako sudahpon menemui jalan sebenar yang perlu ako titi dan tatih...
Ilmu,
kadang orang persoalkan, kenapa perlu bayar uang untuk ilmu?
"balik-balik kursus amik duit orang, ilmu untuk dikongsi, bukan untuk dijual beli atau dipajak gadai" kata si-polan.
"buat kursus ratus-ratus, ribu-ribu... isi hampeh... bagi kertas dengan pen, pastu tunjuk slide show. baca dari slide show." ada dah yg call ako cakap camni... ntah apa yg panas ati sangat...
Ilmu,
kadang, ako tertanya, orang-orang yang mempersoalkan kewajaran untuk menitip wang dari kehadiran peserta kursus itu sendiri, adakah mereka ini juga mempersoalkan pembayaran yuran kepada cikgu tusyen anak-anak atau adik-adik mereka? adakah mereka-mereka ini juga mempersoalkan pemberian gaji kepada ustaz-ustaz sekolah mengaji anak-anak atau adik-adik mereka?
Dan apabila isu ini dipersoalkan dan dibawa ketengah, seolah-olah seorang pemberi ilmu tidak layak untuk mendapatkan sebarang hasil dari perkongsian ilmu beliau, seseorang pemberi ilmu tidak boleh langsung untuk menitip walau sesenpun uang dari anak murid, beliau mesti beri semua itu percuma, revealkan semua itu didalam internet.... ah~ mungkin lebih sesuai gelaran guru atau cikgu itu ditukarkan kepada "Tokei Ilmu"....
Aku menerima sepucuk sms yang begitu mengharukan, beliau(nama dirahsiakan) merasakan begitu suka dan terbuka untuk mengaku yang beliau tidak punya wang untuk pergi berkursus ke Kuala Lumpur, jadi sebolehnya beliau sanggup untuk memperolehi ilmu itu melalui Yahoo! Messenger sahaja dan bukan percuma juga, beliau dengan tenang ingin mendepositkan wang RM100 sebagai ganjaran jika ako boleh beri kursus secara online...
Kalau dari segi keuntungan, memang tak disangkal, tindakan seperti ini boleh memberi keuntungan maksimas tanpa keluar modal setup tempat kursus, beli nasi dan sebagainya... tapi atas semangat beliau itu tadi, kami terpanggil untuk meneruskan misi kami(aku dan cikgu kamel) untuk menjelajah ke Johor untuk memenuhi desakan ramai penternak disana yang benar-benar ikhlas ingin mendapatkan "Rahsia menternak arnab" dari cikgu kamel...
Dijangkakan, pertengahan bulan 2, kami akan jelajah Johor, kemungkinan destinasi kami ke Johor Bahru, kerana JB ibu negeri, jadi kesana la kita berjumpa....
Tarikh yang mungkin sesuai ditetapkan ialah 14/02/10- 14th February 2010.
Jadi, sesiapa yang benar-benar berminat, sila call saya untuk mendapatkan tempat duduk anda... sesi ini terhad kepada 10 orang peserta sahaja...
Bayaran? RM200 seorang, ini termasuk kos perjalanan dan penginapan kami.
Modul yang akan diisukan disana? sama macam yang ako iklankan dan yang paling ditekankan oleh cikgu kamel ialah bagaimana menurunkan kos makanan...
Okie itu cerita Jelajah Johor,
ni cerita yuran kursus kami akan dinaikkan ke harga normal,
Menjelang bulan Mac, 01/03/10
- Tiada lagi Kursus Teori Penternak Arnab Secara Efektif dan Efisyen.
- Semua modul akan dirangkumkan kedalam satu modul.
- Harga untuk semua kursus tadi akan dinaikkan ke harga normal(sekarang dan sebelum ini harga promosi) RM500/seorang.
No comments:
Post a Comment